Monday 1 August 2016

CORETAN FATC


Dunia makin berbahaya,dalam tempoh beberapa bulan sahaja,sudah ada beberapa kes bunuh yang maha dahsyat.Mungkin hal ini tidak sebesar kes 1MDB,namun tidak boleh dipandang mudah sebenarnya.
Pembunuhan ini makin hebat apabila sudah muncul kes bunuh face to face.Modus operandi senang sahaja,hanya berbekalkan wang dan mengupah orang ketiga untuk menembak tepat kepada target victim.Suasana begini makin menular dan membiak.
Jika dulu masyarakat melayu hanya menggunakan khidmat bomoh untuk santau/sihir seumpamanya dan dituju kepada mangsa.Modus ini merupakan penyeksaan secara "diam".Berbeza dengan pembunuh upahan.
Pihak berkuasa perlu serius dalam hal ini untuk mengelak perkara ini menjadi "amalan" biasa dalam masyarakat yang tidak biasa dengan perkara ganas ini.Kuat kuasakan undang-undang dan perketatkan permohonan permit perlesenan senjata api bagi membendung masalah ini

No comments:

Post a Comment