Tuesday 2 August 2016

CORETAN FATC



Macam mana nak dakwah sahabat yang tak solat tanpa menyakiti mereka ?

1. Contoh yang baik (qudwah hasanah)
Jadilah antara golongan yang solat, yang pelihara solat, yang jaga solat, yang rasa bersalah bila tak solat, yang rasa nak nangis bila abaikan solat. Yang rasa kosong bila tak solat, yang rasa lemah bila tak solat. Jadilah golongan itu. Tunjukkan contoh ataupun qudwah yang baik juga salah satu dakwah tanpa menyakiti hati sahabat.

2. Doa
Kadang kita nak sahabat kita berubah. Nak mereka solat, nak mereka balik pada jalan Allah, nak mereka taat dan sujud pada Allah, tapi doa kita pada Allah nothing. Hanya hangat-hangat tahi ayam. Kenapa saya cakap macam tu? Sebab kita tak istiqamah doakan sahabat kita. Hatta dalam solat 5 waktu belum tentu kita mention dan doakan nama mereka secara berterusan, bukan ? Dan mungkin kita sendiri lewat-lewatkan solat apatah lagi kalau abai solat macam mana nak doa sungguh pada Allah ? Doalah. Yakin, doa adalah senjata yang sememangnya tajam jika Allah kita dahulukan.

3. Menangis
Jujur cakap, ada antara kita yang nak sahabat dia masuk syurga, sahabat dia baik, suka tolong, selalu faham bila ada masalah dan kesusahan cuma tak solat ja. Tapi silap kita, kita 'siakan' air mata yang di titiskan semata-mata kepada hal lain. Mungkin kerana putus cinta, mungkin kerana sakit hati kepada kekasih, mungkin kecewa pada pasangan yang entah bila halal, Why ? Nilai air mata sangat berharga awak. Dan jatuhkanlah air mata pada benda 'yang berharga'. Menangis di solat malam, minta sungguh-sungguh. Kalau boleh bangun tahajud dan sebut nama sahabat kita tu. Itupun kalau 'ikhlas' kita sayang sahabat kita.

4. Tegur sembunyi
Bila sahabat tak solat, try borak dengan dia semasa dia sedang duduk sendiri. Try cakap dengan lembut, "awak. . awak solat yer..Dan perhatikan kedua anak matanya. Pandang dengan pandangan cinta. Percayalah, dia akan rasa nak 'menangis' kalau kita tegur hikmah secara hari-hari. Pandang anak mata sahabat kita dengan pandangan cinta kerana Allah.

5. Ajak
Time masuk waktu solat, ajak ambil wuduk hatta pesanan kita sering dibuat tak tahu. Biarlah kita dah ajak banyak kali tapi mereka taknak, minggu depan try lagi ajak. Again and again. Paling-paling mereka akan cakap, haa pergilah dulu, aku nak siapkan kerja ni jap. Haa pergilah solat dulu, aku tak mandi wajib lagi ni, haa pergilah dulu, nanti aku datang. But lastly dia tak solat. Mesti kita rasa sedih sebab tak dihargai tapi takpa kita kena kuat. Ajak lagi jangan stop. Kata sama-sama nak ke syurga ?

6. Media
Tak kira lah tv ke, internet ke, radio ke, vcd ke. Audio dalam hp ke, try buka mana-mana tazkirah dari ustaz ustazah yang bermanfaat ketika kita bersama sahabat. Ini salah satu cara 'sindiran positif'. Kemudian pandang dia senyap-senyap, percayalah dalam hati mereka pasti nak berubah, tapi tak tahu macam mana nak start, dan awak kena bantu mereka supaya kuat nak dekat Allah.

7. Buku
Belikan hadiah yang berulang kali, bukan kena tunggu hari lahirnya sahaja. Lagipun pahala ke atas mereka yang menggembirakan insan lain dengan memberikan hadiah. Misalnya buku agama tentang cara-cara solat, Ketenangan dalam solat, dan lain-lain. Hadiahkan mereka lagi dan lagi. Catat di hadapan buku "Demi Allah, aku sayangkan kau sahabat. Aku nak sama-sama ke syurga. "

8. Jangan putus asa
Mungkin kita dah bagi contoh terbaik, dah ajak, dah tegur hikmah, dah bagi ini itu, dah usaha ini itu tapi masih tak menjadi. Satu masalah yang paling dahysat iaitu 'menyalahkan takdir'. Jangan pernah salahkan setiap tulisan takdir. Tetapi berusahalah untuk memperindahkan 'tulisan takdir'. Allah bukan tak nak dengar, bukan tak sudi makbulkan, Allah suka kita meminta. Allah sayang hamba-Nya yang merayu merintih memohon.

9. Syukur
Siapapun sahabat kita, bagaimanapun sahabat kita, di manapun sahabat kita berada sekarang, apapun kisah hidup sahabat kita, hatta sekalipun latar belakang sahabat kita tunggang langgang. Bersyukurlah. Ada orang yang tak punya sahabat pun, ada orang yang tak rasa cinta dan manisnya bersahabat, ada orang yang tak dapat main gelak ketawa gurau bersama sahabat. Kerna di mana-mana pun dia selalu menemui kawan yang makan kawan. Syukurilah kerana tak semua manusia di dunia ini punya sahabat sejati.

10. Buat mereka 'rasa bersalah'
Contohnya ketika bermusafir, try cakap nak singgah masjid sat. Telefon bimbit kita setkan waktu azan untuk setiap solat fardhu. Tiap kali masuk waktu, azan telefon bimbit bergema di segenap ruang. Bayangkan andai tiap hari sahabat kita dengar, mustahil jiwa mereka tidak merasa apa-apa. Diawalnya mungkin mereka rimas, di akhirnya ? Wallahualam. Never give up ! Chayoo !
Banyak benda kita boleh buat tanpa sakiti mereka dengan lidah. Mustahil mereka tidak punya rasa bersalah. Semua yang kita lakukan adalah dakwah yang 'luar biasa'. Sebab kita berusaha taknak sakitkan mereka. Kita tahu sakitnya diperli, disindir, diumpat, dikeji, diaibkan. Sebab itu kita memilih untuk berhikmah.

Pilihlah sama ada terus perjuangan atau henti perjuangan.Pilihan dakwah di tangan kita. Bukan di tangan orang lain. Yakin sehitam manapun gelapnya malam pasti ada bulan yang meminjamkan cahaya. Pilihan di tangan kita.

Teruskan bertahan dalam senyuman, walau hanya garisan tawar. Teruskan berjalan tanpa henti walau langkah kian perlahan. Dan teruskan hidup dengan semangat walau hidup ditimpa ujian berat. Kerana hidup perlukan perjuangan dan perjuangan perlukan kekuatan.

Tidak semua benda, kita boleh luah pada manusia. Hanya DIA yang mampu menghilangkan rasa sedih di jiwa, percayalah.
Sampai bila nak lari dari masalah ? Hanya pada Allah disandarkan segala resah dan sedih. Moga usaha dakwah menjadi saksi di depan Tuhan.
And yes, Kekuatan dari Tuhan.

Bukan dari insan.
SHARE jika anda punya sahabat sejati!

No comments:

Post a Comment