Monday 1 August 2016

KISAH PENUH HIKMAH DARI PENJUAL TAUHU
Ada seorang penjual tauhu yang setiap hari dia menjual dagangannya ke pasar. Untuk sampai ke pasar, dia perlu naik kenderaan awam.
Manakala untuk sampai ke jalan raya, dia perlu melalui kawasan sawah.
Setiap pagi dia selalu berdoa kepada Allah agar tauhunya habis dijual
Begitulah setiap hari, sebelum berangkat berdoa terlebih dahulu dan pulang sebelah petang. Dagangannya selalu habis.
Suatu hari, ketika dia melalui sawah hendak menuju jalan raya utk naik kenderaan awam, tiba-tiba dia terjatuh ke dalam petak sawah...
Habis semua tauhu jatuh ke sawah, hancur dan berselerak. Bukan sahaja untung, modal pun habis.
Dia mengeluh kepada Tuhan, bahkan "menyalahkan" Tuhan, mengapa dia diberi cubaan seperti ini? Padahal dia selalu berdoa setiap pagi.
Akhirnya dia pun pulang tidak jadi berniaga hari itu.
Tapi dua jam kemudian dia mendengar khabar, bahwa kenderaan awam yang setiap hari dia naiki pada pagi berkenaan telah jatuh ke dalam gaung. Semua penumpangnya terkorban !
Dia terselamat dari nahas tersebut kerana terpaksa membatalkan perjalanannya ke pasar perniagaannya, semua adalah disebabkan tauhunya jatuh ke sawah, sehingga dia tidak jadi untuk berniaga pd hari itu dan membawa semua tauhu-tauhunya yg sudah rosak dan hancur kembali ke rumah.
Tetapi pada sebelah petang, ada seorg penternak itik telah mencari dia dan hendak membeli tauhu utk makanan itik tetapi yang anehnya penternak itik itu mencari tauhu yg rosak/hancur kerana ia hanya utk dicampurkan dan dimakan oleh itik sahaja..spontan penternak itu menangis kerana tauhunya yang rosak hendak dibeli semuanya oleh peternak itik itu..
PENGAJARAN...Doa tidak semestinya dimakbulkan sesuai dengan permintaan, tapi kadangkala ia diganti oleh Allah dengan sesuatu yang jauh lebih baik daripada yang diminta.
Allah Maha Mengetahui keperluan kita, berbanding diri kita sendiri.
Kerana itu, janganlah jemu berdoa, juga jangan sekali merungut protes dan mengeluh, apalagi mengutuk!
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu
padahal ia amat buruk bagimu.
Tuhan mengetahui, sedang manusia tidak mengetahui”.
“Jika Allah menjawab doamu, Dia sedang menambahkan imanmu. Jika Ia menundanya, Dia sedang menambahkan kesabaranmu. Jika Dia tidak menjawab doamu, ia sedang mempersiapkan yang terbaik untukmu.”
Semoga hari ini dan hari hari selanjutnya kita semua selalu dalam lindungan serta keberkahan-Nya..
SILA SHARE DAN SEBARKAN

No comments:

Post a Comment